Thursday, June 20, 2013

Laluan Anjung PPDa

Laluan Anjung yang terletak di aras bawah merupakan laluan utama sudut/lorong PPDa SMAPUTRA. Laluan ini berdekatan dengan pejabat, bilik ketua bidang, bilik BOSS dan ia juga merupakan laluan murid untuk ke kantin, padang dan ke surau.

                                         Laluan Anjung: laluan murid dari kantin menuju ke laluan anjung
                                          Laluan Anjung: laluan murid dari kelas menuju ke kantin/surau/padang

Laluan Anjung terdapat beberapa konsep utama yang ingin diketengahkan kepada pengunjung yang melalui laluan ini.
Antaranya ialah, di laluan anjung terdapat banyak tiang-tiang, yang mana setiap satu tiang tersebut memaparkan pelbagai maklumat dan gambar berkaitan Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan, serta HIV/Aids.
Pada waktu rehat, murid-murid pasti melalui laluan anjung untuk ke kantin. Dan, di laluan ini juga terdapatnya 'Vending Machine' menyebabkan murid akan berkumpul di laluan ini untuk mengambil giliran membeli air. Secara tidak langsung, masa menunggu dapat dimanfaatkan dengan membaca artikel dan maklumat yang dipamerkan pada tiang-tiang yang terdapat di sini.
                                          'Vending Machine' terdapat di laluan anjung berhampiran tiang yang
                                          memaparkan maklumat mengenai dadah

Selain itu, di Laluan ini juga terdapat 2 buah banner besar yang dipasangkan ke arah kantin. Banner pertama memaparkan 5 elemen dalam D.A.R.I.H yang perlu dihindari serta gambar warga SMAPUTRA mengangkat tangan tanda sepakat membanteras D.A.R.I.H
Banner kedua pula memaparkan wajah-wajah warga SMAPUTRA di pelbagai lokasi memegang sepanduk berkaitan 'tak nak dadah' serta tanda tangan seluruh warga sekolah juga sebagai tanda SMAPUTRA sepakat dalam membanteras D.A.R.I.H

Di laluan ini juga terdapat replika lampu isyarat yang dinamakan LAMPU ISYARAT KEHIDUPAN yang memberi mesej :


No comments:

Post a Comment