Profil Sekolah



SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PUTRAJAYA

Penubuhan SMKA Putrajaya adalah berasaskan kepada desakan daripada masyarakat Putrajaya yang inginkan sebuah SMKA dibangunkan di Putrajaya. Pada bulan Mac 2010, TPM merangkap Menteri Pelajaran telah mengumumkan pembukaan SMKA Putrajaya mulai 1 Januari 2011 di dalam mesyuarat susulan Jemaah Menteri Kementerian Pelajaran. 

Beberapa bahagian di KPM seperti di Bahagian Pendidikan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Aset mengadakan beberapa siri mesyuarat bersama dengan Pejabat Pelajaran WP Putrajaya (PPWPP). Keputusan akhir mesyuarat menetapkan SMKA Putrajaya akan beroperasi sementara di SMK Putrajaya Presint 11 (2) mulai 1 Januari 2011 dan melibatkan 75 orang murid beserta 3 kelas. 

Pada 16 Oktober 2010, Ketua Unit Pendidikan Islam PPWPP Ustaz Samzini bin Abdullah dilantik sebagai caretaker 1 sekolah. Diikuti oleh Pn. Halizah bt Abdul Majid dan Pn. Roslah bt Mohd Rani sebagai caretaker 2. Pada 16 Disember 2010, sesi pemilihan murid "Imtihan Qabul" telah diadakan di PPWPP dan seramai 100 orang murid telah terpilih ke sekolah ini. 

Sesi pendaftaran sekolah dan orientasi tingkatan 1 diadakan pada 30 Disember 2010. Pada 16 Januari 2011, Tn. Hj. Othman bin Hashim dilantik sebagai pengetua dan mengambil alih pengurusan daripada barisan caretaker.
SUMBER: USTAZ SAMZINI BIN ABDULLAH  



****************
 
REKA BENTUK / LOGO:



Reka bentuk segi lapan melambangkan agama Isam yang mempuyai syariat dan rukun-rukun yang memandu ke arah kesejahteraan hidup.

Segi lapan juga menunjukkan fokus hala tuju sekolah ke arah lapan aspek kecemerlangan :

I.          Mencari keredhaan Allah
2.         Akademik
3.         Sahsiah
4.         Kepimpinan
5.         ICT
6.         Sukan
7.         Kesenian dan kebudayaan
8.         Alam sekitar 

Al-Quran dan Rehal melambangkan  budaya sekolah yang sentiasa menghayati al-Quran dalam semua aspek.  Juga melambangkan murid yang cintakan ilmu pengetahuan dan pintar dalam pemikiran.

Glob mencerminkan tahap pendidikan di SMK Agama Putrajaya yang setanding dengan tahap pendidikan antarabangsa. Melahirkan modal insan kamil yang berketrampilan dan mampu bersaing di persada global.

Logo Malaysia National ICT Initiative bermaksud sekolah menggunakan aplikasi ICT alam proses pengajaran & pembelajaran, pengurusan dan komunikasi. Logo ini juga menggambarkan visi sekolah ~Melahirkan Teknokrat Mutadayyin Islam~.

WARNA:

Warna Ungu melambangkan kekuatan spiritual. Murid dididik dengan tarbiah islam dengan menyemarakkan iklim dinie.

Warna Emas melambangkan aset yang berharga iaitu kepintaran, kecekapan dan kebijaksanaan murid.

Warna Putih melambangkan kesucian dan keluhuran budaya sekolah yang berteraskan nilai-nilai agama dan budi bahasa.

 **************** 

MOTO: BERILMU, BERIMAN, BERINTEGRITI

Berilmu:
Bermaksud mengutamakan ilmu pengetahuan ke arah melahirkan modal insan
kamil.

Beriman:
Bermaksud berpegang teguh kepada nilai agama selaras dengan konsep sekolah menengah kebangsaan agama.

Berintegriti:
Bermaksud menghayati kejujuran dan ketulusan serta sentiasa bertanggungjawab dalam menjaga nama baik sekolah daripada sebarang bentuk unsur yang negatif.

 **************** 
TERAS SMAPUTRA:6K
1.      Kualiti Pengurusan; Mewujudkan kualiti pengurusan sekolah ke arah MS ISO.
2. Kecemerlangan Akademik; Mencapai kecemerlangan kurikulum setanding dengan Sekolah Berprestai Tinggi (SBT)
3.      Keunggulan Sahsiah; Melahirkan murid yang mengamalkan akhlak mulia
4.      Kehebatan Ko Kurikulum; Melahirkan murid yang seimbang dari segi ko kurikulum.
5.      Kemantapan Beragama: Melahirkan murid yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
6.  Keserlahan Kepimpinan; Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani



 **************** 

 

No comments:

Post a Comment